December 23, 2016

Ada Apa Dengan Aleppo 2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Panjang malam di Aleppo
Gelap dan derita masih terentang
Terkepung, dikurung
Dekat tetapi terasing dan terusir
Hening, murung
Bumi yang tiada hujung



Telah difahami, menimpa bumi halab
Desakan tentera yang khianat
Bayang raja yang zalim
Mazhab dan politik yang mengikat

Kekejaman yang berlegar tanpa belas
Putih warna siang
Merah darah pejuang
Ada apa dengan Aleppo
Tiada lagi damai untuk dinikmati
Ketakutan menjadi sahabat
Kekuasaan membunuh akal sehat

Aleppo, bencana kemanusiaan tanpa titik
Dendam dan peluang
Mencari syafaat zaman
Menemui hikmah sebenar kehidupan.

Bandar Tawau | 20 Disember 2016