February 12, 2017

Kisah Babi dan Februari


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku mendengar cerita
Sepejabat cina, teman melayu
Habis dimarakkan 
Perbezaan berus dan babi



Berpagi-berpetang
Kisah babi
Dikala malam
Gempar babi 
Mengalahkan kleptokrasi

Memasuki februari ini
Harga minyak makin berseri
Kita dirundung duka - Setiap tiga hari
Menghadap wanita cashier
Petronas yang sensasi

Dalam semak babi dicari
Dalam negeri rakyat yang susah hati

Kos sara hidup
Media dengan babi lebih dihati
Media dengan rakyat lebih memilih

Semalam babi
Hari ini babi
Menteri pun happy.

Sabindo Plaza | Februari, 08, 2017